Dianggarkan lebih 150,000 kanak-kanak di Nigeria dijangkiti HIV. Menurut laporan Agensi Anadolu, hanya 80,000 kanak-kanak daripada 150,000 menerima rawatan berkala. Ketua Agensi Kawalan AIDS (NACA) Nigeria, Gambo Aliyu berkata, negara itu telah mencapai kemajuan ketara dalam memerangi HIV/AIDS, sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut beliau, pihaknya akan meneruskan kempen memerangi HIV/AIDS selain menyeru masyarakat untuk menjalani ujian saringan bagi mengesan virus tersebut. Ketika ini, hampir 1.8 juta orang di negara itu dijangkiti HIV, dengan 90 peratus daripadanya tidak menyedari mereka dijangkiti manakala 96 peratus lagi sedang menerima rawatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini