159 peneroka FELCRA Berhad Rompin A, Jempol, Negeri Sembilan menerima geran hak milik tanah selepas 40 tahun mengusahakan tanah berkenaan. Kesemua peneroka masing-masing menerima geran membabitkan kawasan seluas enam ekar. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kerajaan sedia membantu menyelesaikan isu pemilikan tanah terutamanya membabitkan kawasan Felda.

Bagi penerima geran hak milik tanah yang telah meninggal dunia, waris masing-masing perlu menjalani proses bicara pusaka di bawah kendalian Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian di Pejabat Tanah Jempol untuk mendapatkan perintah pusaka kecil. Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis penyerahan hak milik Felcra Rompin di Jempol. Penerima diingatkan untuk memastikan tanah tersebut kekal menjadi aset kepada keluarga dengan membayar cukai tanah sebelum 31 Mei setiap tahun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini