16 ahli Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN) baharu yang diketuai aktivis pengguna, Mohd Azmi Abd Hamid menerima watikah pelantikan masing-masing bagi sesi 2022/2023.

Penyerahan watikah perlantikan itu disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi di Putrajaya.

Perlantikan ahli MPPN melibatkan individu berlatar belakangkan persatuan pengguna, industri, ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan berkaitan bidang kepenggunaan.

Sementara itu, menurut Mohd Azmi yang juga Pengerusi MPPN, penelitian khusus mengenai isu kepenggunaan seperti harga ayam dan barangan keperluan antara tumpuan pasukkannya.

Individu lain yang turut dilantik masing-masing, Presiden Persatuan Pengilang dan Industri Bumiputera Malaysia, Datuk Azman Yusof dan selebriti dan ahli perniagaan, Datuk Rosyam Noor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini