Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Kelantan menahan 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Operasi Bersepadu Warga Asing di sekitar Ketereh, Kota Bharu.
 
Ketua Operasi Bahagian Penguatkuasa JIM Negeri Kelantan, Amran Abd Aziz berkata, operasi yang bermula jam 5 petang hingga 8 malam itu turut dibantu Majlis Daerah Ketereh-Perbandaran Islam, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Empat lokasi digempur melibatkan kawasan penempatan dan premis perniagaan di Kampung Kubang Tin, Kampung Melor Lama, Kampung Jambu Merah dan Kok Lanas.
 
Kesemua PATI yang ditahan adalah warga Myanmar daripada etnik Rohingya yang terdiri daripada 10 lelaki dan 2 wanita serta 4 kanak-kanak berumur antara 5 sehingga 50 tahun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini