Polis Terengganu menahan seramai 607 penagih dan pengedar dadah termasuk 16 remaja bawah umur sepanjang pelaksanaan Program Jihad Dadah 2.0 sejak ia dilaksanakan bulan lalu. Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, kesemua suspek berusia antara 13 hingga 71 tahun diberkas dalam operasi bermula 14 Oktober membabitkan setiap daerah di negeri itu.

Kebanyakan suspek bekerja sebagai buruh, nelayan dan penggangur. Daripada jumlah keseluruhan yang ditahan 415 suspek dikesan sebagai penagih dadah berulang manakala 64 suspek lagi disyaki pengedar dadah. 11 daripada 64 pengedar dadah  akan didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini