Hanya 162 orang atau 0.1 peratus guru di Kedah masih enggan divaksinasi setakat ini. Exco Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia, Datuk Najmi Ahmad berkata, peringatan, nasihat dan pendekatan kefahaman keperluan suntikan telah dijelaskan kepada guru berkenaan.

Berhubung jangkitan covid di Maktab Mahmud, Sik, beliau memaklumkan setakat ini 29 pelajar disahkan positif.

Namun katanya sesi persekolahan diteruskan dengan penutupan hanya membabitkan kelas pelajar dijangkiti. Beliau ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan Tablet Kepada Pelajar SMK negeri Kedah di Alor Setar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini