Di Negeri Sembilan…sebanyak 168 kes wabak jangkitan salur pernafasan Influenza Like Illness direkodkan, sejak awal tahun ini hingga 6 Julai.Jelas EXCO Negeri Sembilan, S. Veerapan sebanyak 98 kes di Jempol, Seremban(37), Rembau(16), Jelebu(14) dan tiga kes di Port Dickson.Hanya dua kes dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut, manakala kes lain dirawat sebagai pesakit luar.Tiada kematian akibat penyakit berkenaan setakat ini, dan tiada premis ditutup.Ia meliputi pelbagai jenis influenza termasuk Influenza A dan B yang boleh berlaku secara bermusim.Penyakit berkenaan menyebabkan demam, selesema, batuk dan boleh menjadi teruk sehingga mengakibatkan radang paru-paru.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini