Sindiket penyelewengan minyak masak bersubsidi yang aktif di Sandakan, tumpas.
Ia hasil serbuan pihak berkuasa KPDNHEP di sebuah rumah tidak bernombor di Batu Sembilan, Khamis lalu.
17.5-tan metrik minyak masak paket dan beberapa peralatan lain digunakan untuk aktiviti penyelewangan bernilai hampir RM99,000, dirampas.
Turut ditahan, seorang lelaki 30-an yang mengaku melakukan aktiviti berkenaan sejak setahun lalu.