17 kes daripada 122 kes positif Omicron yang masuk ke Malaysia, adalah tidak divaksinasi.

Jelas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, 17 individu daripada yang disahkan dijangkiti varian Omicron itu membabitkan 10 warganegara dan tujuh bukan warganegara.

Tambah beliau lagi, pihaknya sedang meneliti punca tidak divaksinasi dan sejarah perjalanan pengembara dari luar negara berkenaan.

Pengembara yang tidak divaksinasi tersebut adalah dari negara United Kingdom, Arab Saudi, Nigeria, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Amerika Syarikat, Australia, Ghana dan Ireland.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini