Di Langkawi, 17 kes COVID-19 dikesan melibatkan pekerja sebuah hotel.

Ia bagaimanapun tidak melibatkan tetamu hotel berkenaan.

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Othman Warijo berkata semua kes terbabit adalah bergejala ringan.

Mereka diletak di bawah pemantauan di rumah oleh pasukan  Pusat Penilaian daerah Langkawi. 

30 pekerja hotel sama dikesan menjadi kontak rapat dan diarahkan menjalani kuarantin.

Pihak pengurusan hotel telah mengambil langkah penutupan 10 hari secara sukarela bermula semalam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini