Bekalan elektrik di 17 buah premis yang menjalankan perjudian haram di Kulim, Kedah telah dipotong.

Ia hasil operasi yang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Kulim bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd Redzuan Salleh berkata, operasi dilakukan selama tiga jam berakhir pukul 5 petang semalam.
 
Operasi dibawah peruntukan undang-undang Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan pemotongan bekalan elektrik dibawah Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447).

Sebelum ini, sebanyak 66 buah premis telah dikenakan tindakan yang sama.
 
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi ASP Asnizaf, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah di talian 013-4358399.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini