Pemeriksaan berterusan dilakukan di pasar awam dan pasar raya di Kedah bagi memastikan peniaga tidak menjual barangan dengan harga yang tinggi dan tidak menasabah. 

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kedah, Rae Morn Verak berkata, pihaknya menggerakkan 172 pegawai penguatkuasa dan 51 pegawai pemantau harga di seluruh negeri untuk memantau serta menangani isu kenaikan harga barangan.   

Jelasnya, kenaikan harga barangan seperti ayam dan sayur-sayuran berpunca daripada beberapa faktor termasuk peningkatan kos operasi syarikat penternakan, kos import serta kenaikan harga baja dan racun. 

Pihaknya memandang serius isu kenaikan harga barangan yang berlaku seperti dibangkitkan oleh pengguna dan media.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini