Kira-kira 1,730 remaja perempuan berusia 13 hingga 17 tahun di Perak dilaporkan menghadapi kemiskinan haid. EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata, kerajaan negeri sentiasa berusaha memberi bantuan keperluan kepada mereka.

Cadangan untuk mencipta tuala wanita mesra alam juga dipertimbangkan bagi menangani isu berkenaan. Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif turut dilaksanakan melalui Program Advokasi KafeTEEN@PIK bagi menyebarkan maklumat pengurusan haid.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini