179 daripada 471 rumah setinggan di Kampung Landung Ayang Laut di Kudat, Sabah musnah dalam kebakaran, petang semalam.

Kebakaran melibatkan kawasan seluas 4.64 hektar.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri Misran Bisara,  api berjaya dipadamkan sepenuhnya selepas hampir lima jam operasi pemadaman.

Kebakaran berjaya dikawal daripada terus merebak dan operasi ditamatkan pada pukul 8.15 malam.

Anggaran awal bilangan mangsa adalah dalam 1,062 orang dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Katanya, dalam operasi pemadaman itu, anggota bomba menggunakan satu aliran dua pancutan sumber air dari tangki jentera dan tangki air.

Anggaran kerugian masih dalam siasatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini