1,797 pesakit mental mendapatkan rawatan di Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI) di Terengganu, sehingga September lalu. Jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 2,44 individu yang mendaftar dan mendapatkan rawatan di pusat berkenaan, sepanjang tahun lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, sehingga kini, terdapat dua pusat MENTARI di Terengganu iaitu di Wakaf Tapai Marang dan Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.
 
Kedua-duanya menawarkan perkhidmatan psikiatri, kaunseling dan psikoterapi kepada individu yang mengalami kemurungan serta pengurusan kes berkaitan tingkah laku bunuh diri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini