1,797 pesakit mendapat rawatan sebagai pesakit mental di Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI) di Terengganu, setakat September lalu

Jumlah itu menunjukkan sedikit penurunan iaitu 2,144 individu mendapat rawatan sama sepanjang tahun lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, dua pusat MENTARI di Terengganu menawarkan perkhidmatan psikiatri, kaunseling dan psikoterapi kepada individu yang mengalami kemurungan serta pengurusan kes berkaitan tingkah laku bunuh diri.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Negeri di Kompleks Psikiatri, Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini