18 anggota polis pegawai rendah dan seorang pegawai awam kontinjen Johor dibuang kerja manakala 11 lagi dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan tahun ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sebanyak 256 Kertas Siasatan Tatatertib (KST) dibuka sejak Januari.
 
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 228 KST selesai dengan pencapaian 89 peratus.

Ujar beliau adalah menjadi tanggungjawab semua untuk berpegang teguh kepada prinsip berintegriti, amanah, tegas, adil dan berhemah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai anggota yang berkhidmat dengan PDRM.
 
Beliau berkata demikian dalam ucapan semasa Perhimpunan Bulanan PDRM Kontinjen Johor di Johor Bahru.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini