Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 18 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Bilangan itu menurun berbanding berbanding 23 kes kelmarin.

Menurut KKM, dua daripada 18 kematian itu berlaku di luar hospital (BID).

Pertambahan kes kematian itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian kepada 31,696.

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Johor merekodkan kes kematian tertinggi sebanyak empat kes, diikuti Kedah tiga kes.

Selangor, Kuala Lumpur, Pahang dan Terengganu masing-masing dua kes serta Melaka, Perak dan Kelantan, Melaka masing-masing satu kes.

Setakat malam tadi sebanyak 39,742 kes COVID-19 yang aktif dilaporkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini