Sekurang-kurangnya 18 nyawa terkorban dalam kejadian hujan lebat di Sao Paulo, Brazil, sejak Jumaat lalu hingga semalam. Tujuh daripada korban adalah kanak-kanak.

Ia turut menyebabkan lebih 500 orang kehilangan tempat tinggal. Sebuah balai polis dan jejambat di daerah Franco da Rocha turut ditimbus tanah runtuh.

Gabenor Joao Doria telah mengumumkan peruntukan 15 juta reales bagi membantu 10 bandar paling terjejas dan 645 daerah di negeri berpenduduk paling padat di Brazil dengan 46 juta penduduk.

Brazil terjejas teruk akibat beberapa bencana alam sejak musim hujan bermula Oktober lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini