Seramai 180 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perlis diatur gerak bagi menghadapi kes-kes kecemasan sepanjang tahun Baharu Cina.

Menurut Pengarah JBPM Negeri Perlis, Penguasa Kanan Bomba 1, Ruhisha Haris, selain pegawai dan anggota, 8 buah jentera bomba turut bersiap siaga dengan pelbagai kenderaan utiliti dan Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) di semua Balai Bomba seluruh Perlis.

Kesiapsiagaan ini bukan hanya melibatkan kes-kes kecemasan di jalan raya terutamanya kemalangan namun juga  sebagai persediaan menghadapi kes kebakaran berikutan musim kering yang melanda Perlis ketika ini.

Beliau menyatakannya selepas menghadiri Majlis Perbarisan Tahunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis di Ibu Pejabat JBPM Negeri.
 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini