Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor bertitah, hampir 18,000 khemah bencana telah disalurkan ke kawasan-kawasan berisiko banjir untuk kegunaan penduduk terjejas.

Titah baginda, persediaan menghadapi banjir dilakukan setiap tahun dan bukan sahaja melibatkan penyediaan khemah, tetapi kelengkapan lain. 

Selain persediaan ketika banjir, bantuan juga perlu disediakan selepas bencana.

Ia termasuk proses membersihkan kediaman dan peralatan yang rosak. 

Baginda sebelum itu berkenan berangkat ke Pusat Pemindahan Sementara SK Kampung Tenang, di Labis, Segamat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini