Sebanyak 1,813 kes jenayah komersil membabitkan nilai kerugian lebih RM58 juta dilaporkan di Perak
tahun ini sehingga 21 November lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid memaklumkan jumlah kes tersebut menyaksikan
peningkatan 65 kes berbanding tempoh sama tahun lalu.

Manakala, seramai 1,112 orang telah berjaya ditangkap.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Kepolisan Profil Tinggi-HPP sempena Kempen
Pencegahan Jenayah Komersil (Jenayah Dalam Talian) 2021 di Ipoh.

Menerusi kempen berkenaan, beliau berharap ia dapat memberi didikan kepada orang ramai supaya
tidak terjebak dan menjadi mangsa kepada sindiket penipuan.

Ia sekaligus dapat membantu dalam menurunkan kadar kes jenayah dalam talian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini