182 orang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akibat banjir.

Mereka merupakan penduduk Kedah, Kelantan dan Johor.

Menurut Portal Bencana Nadma, 146 penduduk Kedah terjejas banjir ditempatkan tiga PPS.

PPS yang beroperasi adalah Sekolah Kebangsaan Malau di Kubang Pasu serta Dewan Cenderawasih dan Dewan Rakan Sukan Tanah Merah di Pendang.

Di Kelantan,26 penduduk Bachok terjejas bencana sama. Enam keluarga berkenaan menjadikan P-P-S Sekolah Menengah Kebangsaan Jelawat sebagai tempat berteduh.

10 penduduk Tangkak, Johor turut terlibat banjir. Dua keluarga terbabit ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Serom 8.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini