19 kawasan di seluruh Melaka dinaiki air susulan hujan lebat berterusan selama hampir 4 jam bermula pukul 4 pagi tadi.

Menurut jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka, lokasi terjejas adalah 16 kawasan di daerah Melaka Tengah, 1 kawasan di Jasin dan 2 kawasan di Alor Gajah.

Turut terjejas, daerah Melaka Tengah iaitu Taman Rambai Indah, Pokok Mangga, Taman Bukit Rambai, Taman Desa Molek dan Kampung Padang Bukit Lintang.

Manakala di Jasin kawasan terjejas ialah di Serkam dan Alor Gajah pula di
Kampung Bukit Balai serta Kampung Jeram. 

Setakat ini, tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di buka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini