19 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia mengaku bersalah masuk ke Malaysia melalui pintu masuk atau keluar yang tidak diwartakan. Kesemua mereka yang berusia 24 hingga 61 tahun ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Perak bulan lalu, sebelum dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung hari ini.

Mereka berada di atas sebuah bot nelayan asing tanpa nombor pendaftaran di kedudukan 12.4 batu nautika dari Pulau Jarak pada 12.21 tengah hari, 16 Oktober lalu. Tujuh daripada tertuduh dikenakan denda RM2,000 dan penjara 6 bulan jika gagal membayar denda manakala baki 12 yang lain dihukum penjara 6 bulan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini