19 buah penjara kluster yang menempatkan banduan kes dadah akan dibina pada tahun hadapan. Projek rintis itu bermula di Penjara Sungai Buloh serta Penjara Kajang di Selangor

Dengan adanya Penjara Kluster Dadah tersebut, kesemua pesalah dadah yang perlu menjalani pemulihan secara intensif akan ditempatkan di penjara terlibat.

Menurut Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional), Jabatan Penjara, Datuk Abdul Aziz Abdul Razak, dijangka kesesakan banduan di penjara sedia ada dapat diatasi selain meningkatkan keberkesanan program pemulihan kepada pesalah dadah. Sehingga kini, terdapat 60 peratus iaitu 42,000 pesalah dadah di penjara daripada 63,000 pesalah yang melibatkan kesalahan lain. Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pusat Terapi Komuniti di Institusi Pemulihan Dadah Jelebu.

Pusat Terapi Komuniti merupakan kaedah yang terbukti keberkesanannya dan diiktiraf bagi merawat serta memulihkan penagih dadah. Ia mula diperkenal kepada institusi penjara pada 1992 di Rawatan Pemulihan Dadah Penjara Kajang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini