19 sekolah rendah dan menengah di Melaka yang menjadi pusat pemindahan sementara (PPS) belum dapat dibuka untuk sesi persekolahan Isnin ini. Ini kerana, beberapa kerja perlu dilakukan biarpun ada daripadanya tidak lagi beroperasi sebagai PPS.

Menurut Exco Pendidikan dan Teknologi negeri, Datuk Rais Yasin, ketika ini empat skolah masih dijadikan PPS. Premis terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Belimbing Dalam, Alor Gajah serta SK Parit Penghulu, SK Seri Mendapat dan SMK Sungai Rambai di Jasin.

PPS di 15 lagi sekolah telah ditutup minggu lalu. Bagaimanapn ia tidak dapat dibuka untuk sesi persekolahan memandangkan ia belum bersedia menerima pelajar. 95 pelajar yang masih berlindung di PPS pula dibenar mengikuti pembelajaran secara dalam talian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini