Sekurang-kurangnya 19 maut dan 63 lagi cedera apabila sebuah pangsapuri di New York, terbakar pada Ahad. 9 kanak-kanak antara yang maut dalam kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi di bandar Bronx itu.

Datuk Bandar, Eric Adams mengesahkan beberapa orang kritikal dan mereka yang cedera dibawa ke lima hospital, kebanyakkannya mengalami serangan jantung dan masalah pernafasan.

Sekurang-kurangnya 200 anggota bomba dikerah memadamkan kebakaran yang bermula di tingkat dua dan tiga bangunan 19 tingkat itu. Punca kebakaran masih disiasat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini