Bekas Ketua Pegawai Kewangan 1MDB, Azmi Tahir mengakui beliau tidak terlibat sepenuhnya terhadap kesemua transaksi yang berlaku di 1MDB.

Segala tindakan berkaitan transaksi pemindahan wang adalah atas arahan Jho Low.

Dia Saksi pendakwaan ke-12  menjawab beberapa soalan yang dikemukan peguam bela Datuk Seri Najib,Hariharan Tara Singh.

Semasa sesi soal jawab, Azmi meluahkan kerisauan terhadap beberapa keputusan pengurusan 1MDB.

Namun perbicangan tersebut hanya dilakukan dengan pengurusan dalaman sahaja.

Dalam pada itu, Azmi mengesahkan tiada sebarang tindakan undang-undang dikenakan terhadapnya sejak skandal penyelewengan 1MDB didedahkan sehingga sekarang.

Datuk Seri Najib Razak kini menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion  dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung hari ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini