2.2 juta penduduk berisiko mati di negara-negara Eropah, sekiranya penularan Covid-19 tidak dibendung segera.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO juga menjangkakan keadaan itu lebih buruk susulan benua itu mula beralih ke musim sejuk.

Jika trend penularan jangkitan tidak berubah, WHO khuatir 700,000 lagi penduduk di benua itu berisiko berdepan kematian dalam beberapa bulan akan datang.

Ini memaksa beberapa negara anggota Eropah terpaksa mengenakan semula sekatan yang ketat.

WHO turut menjangkakan Unit Rawatan Rapi akan kembali penuh dan kritikal.

Peningkatan kes semakin meruncing disebabkan penularan jangkitan Varian Delta, perlindungan vaksin tidak mencukupi dan tindakan melonggarkan sekatan.

Pengarah Serantau untuk WHO Eropah, Hans Kluge, dalam satu kenyataan menjelaskan Situasi COVID-19 di seluruh Eropah dan Asia Tengah adalah amat serius.

Justeru, setiap negara perlu terus mempergiat program vaksinasi menggalakkan penjarakan sosial dan penggunaan pelitup separuh muka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini