2.57 juta individu atau 81.8 peratus daripada populasi remaja di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan melalui laman COVIDNOW, sejumlah 2.74 juta individu atau 87.3 peratus bagi populasi remaja pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa, 95.5 peratus atau 22.36 juta individu telah lengkap vaksinasi manakala 97.8 peratus atau 22.89 juta lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Sebanyak 123 ribu 210 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 20 ribu 351 suntikan dos lengkap.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan kini meningkat kepada 51.72 juta orang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini