Kelonggaran pergerakan dan pembukaan semula sektor ekonomi tidak membantutkan aktiviti jual beli platform dalam talian.

Shopee dalam kenyataan melaporkan, data diperoleh sempena festival jualan 11 November menunjukkan masih ramai mendapatkan barangan keperluan termasuk barangan runcit menerusi platform berkenaan.

Produk kesihatan dan penjagaan diri turut mencatat jualan memberangsangkan termasuk pelitup muka yang terjual lebih 13 juta keping, selain kit ujian COVID-19 yang terjual hampir 30,000 unit.

Jumlah pembeli luar bandar juga menyaksikan peningkatan lima kali ganda berbanding hari biasa, termasuk pembayaran menggunakan kaedah e-dompet.

Secara keseluruhan, jualan serantau platform itu merekodkan lebih 2 bilion barangan terjual sepanjang festival.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini