Dua kilang diarah tutup kerana tidak mematuhi Program Jaminan Keselamatan Makanan di daerah Seberang Perai Utara (SPU). Keputusan itu diambil selepas mendapati kedua-dua premis tidak mengekalkan tahap kebersihan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Kilang kicap serta roti itu didapati tidak menitikberatkan aspek kebersihan yang boleh membahayakan kesihatan pelanggan. Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Mohd Wazir Khalid berkata, pihaknya terpaksa mengeluarkan 9 kompaun bernilai RM9,000.

Kedua-dua premis diarah tutup segera di bawah Notis Perintah Penutupan Premis di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 berkuatkuasa hari ini. Terdahulu, pihak Jabatan Kesihatan Negeri serta pihak berkuasa tempatan membuat serbuan ke atas kedua-dua premis ekoran daripada makluman orang awam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini