Dua maut dan dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan kereta dan bas di Jalan Degong, Kampar, Perak, pagi tadi. Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 6.09 pagi sebelum bergegas ke lokasi.

Sebaik tiba, bomba mendapati keempat-empat mangsa terbabit menaiki sebuah kereta. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, nahas membabitkan kereta berkenaan dengan sebuah bas transit awam.

Pemandu dan penumpang hadapan kereta disahkan maut di lokasi kejadian. Manakala dua lagi penumpang belakang yang cedera dibawa ke Hospital Kampar untuk rawatan. Sementara pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaaan. Ketika kejadian, bas transit tersebut tidak membawa sebarang penumpang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini