Seramai 20 orang migran diselamatkan di perairan pulau Chios, timur Greece selepas bot getah yang dinaiki mereka dari Turki, karam.

Manakala tujuh lagi migran dipercayai masih hilang di laut.

Pihak berkuasa Greece melancarkan operasi mencari dan menyelamat dengan dibantu agensi perlindungan sempadan Kesatuan Eropah, Frontex.

Sebuah helikopter penyelamat, dua kapal pengawal pantai serta bot persendirian digerakkan bagi mengesan mangsa.

Greece menjadi pintu masuk utama migran ke Eropah sejak tahun 2015.

Bagaimanapun, jumlah ketibaan migran merosot mendadak sejak dua tahun lalu, susulan kawalan ketat pihak berkuasa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini