Amerika Syarikat mengumumkan, 20 buah negara menawarkan pakej bantuan keselamatan baharu kepada Ukraine.

Setiausaha Pertahanan Negara Amerika Syarikat, Lloyd Austin menyatakan ianya untuk Ukraine memerangi pencerobohan tentera Rusia di negara itu. Austin mengumumkan perkara itu selepas bermesyuarat bersama negara-negara sekutu.

Katanya, banyak negara menyumbangkan peluru senjata yang sangat diperlukan, sistem pertahanan pantai dan kereta kebal serta kenderaan berperisai lain. Negara-negara yang mengumumkan pakej baharu termsuklah, Itali, Denmark, Greece, Norway dan Poland.

Di sidang media yang sama, pegawai tentera teritinggi Amerika Syarikat, Jeneral Mark Miley menyatakan, negara itu masih jauh daripada membawa masuk semula tentera ke Ukraine.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini