Demonstrasi jalanan di Bangladesh menyebabkan 20 penunjuk perasaan cedera.

Polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata bagi menyuraikan penunjuk perasaan yang menuntut kerajaan membenarkan bekas perdana menteri negara itu, Khaleda Zia mendapatkan rawatan di luar negara.

Khaleda, 76 tahun, dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital  di Dhaka awal bulan ini akibat kesihatan yang semakin merosot

Dia dilarang oleh mahkamah untuk ke luar negara selepas disabitkan dengan pertuduhan rasuah pada 2018. Minggu lalu, Perdana Menteri, Sheikh Hasina menolak rayuan keluarga Khaleda untuk dia mendapatkan rawatan di luar negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini