20 set bubu naga dirampas dalam pemantauan Op Aman di sekitar perairan Kuala Tebengau, Yan, Kedah. Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, kesemua bubu naga yang dirampas dianggarkan bernilai RM2,400.

Ia dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk disiasat mengikut Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985. Beliau mengingkatkan nelayan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melanggar syarat lesen perikanan yang diperuntukkan.

Penggunaan bubu naga boleh mengancam dan merosakkan ekosistem marin selain menjejaskan sumber pendapatan nelayan tradisional atau pesisir pantai. Zon Maritim Kuala Kedah tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang dalam kawasan perairan negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini