Lembaga Kemajuan Langkawi (LADA) meneruskan aktiviti memulihara hutan paya bakau demi generasi akan datang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nasaruddin Muttalib, program kali ini melibatkan 200 peserta termasuk pelajar sekolah rendah dan tadika, Jabatan Perhutanan Malaysia Daerah Langkawi, Markas Wilayah Laut 3 (Tentera Laut Diraja Malaysia) dan Pusat Latihan Polis Langkawi.

Objektifnya, memaparkan usaha positif masyarakat dalam memulihkan sumber hutan paya bakau dan biodiversiti.

Selain itu, mewujudkan kesedaran bahawa memelihara alam sekitar adalah tanggungjawab bersama, memupuk minat menanam pokok dan mencintai alam sekitar dalam kalangan komuniti setempat.

Hari ini, 2,0022 pokok bakau jenis Bakau Minyak, ditanam.

Sehingga Jun, lebih 10,000 pokok bakau berjaya ditanam di sekitar Langkawi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini