Lebih 200 warga pendidik Terengganu turun padang membantu kerja-kerja pembersihan pascabanjir Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong, Pahang yang terjejas teruk dalam banjir baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Terengganu, Salim AB Ghani berkata, misi kemanusiaan bantuan bencana banjir turut menziarahi beberapa rumah murid yang terjejas teruk.

Program dianjurkan Majlis Pegawai Pendidikan Daerah Terengganu dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan Terengganu.


Hasil kutipan derma ikhlas warga Pendidikan Terengganu, mereka turut menyumbang wang tunai kepada pihak sekolah dan 381 guru serta murid terjejas banjir.

Misi diharap sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban warga sekolah, khususnya sebagai persediaan bagi pembukaan sekolah minggu hadapan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini