2,030 penduduk terjejas banjir daripada 629 keluarga di Pahang masih berada di 32 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah di negeri itu. Ia bagaimanapun menunjukkan penurunan berbanding semalam dengan 2,489 orang daripada 783 keluarga di 33 PPS di lima daerah .

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel Pertahanan Awam Che Adam A Rahman, berkata Pekan merekodkan penduduk terjejas banjir paling ramai iaitu 939 orang, diikuti Temerloh (711), Kuantan (364), Bentong (92) dan Maran (89).

Sembilan jalan ditutup membabitkan lapan daerah iaitu Jalan Southern Loop, Bentong dan Jalan Kuala Lipis-Jerantut, Jerantut.

 21 kes kematian akibat banjir direkodkan di Pahang setakat ini iaitu 11 di Bentong, Temerloh (4), Kuantan (3) dan Raub (2) serta satu lagi di Pekan.

Sementara itu, menerusi laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), tiga sungai merekodkan bacaan air sungai melepasi paras bahaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini