204,957 pelancong domestik dan luar negara telah melancong ke Malaysia setakat 30 November lepas.

Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, jumlah itu direkodkan selepas Gelembung Pelancongan Antarabangsa bagi Projek Rintis Langkawi dibuka pada 16 September lepas.

Beliau ditemui selepas lawatan kerja sempena Program Voluntourism Penghijauan Malaysia di Telok Melano, Sematan. Katanya, peluang telah dibuka dan penggiat industri disaran supaya merebut peluang itu dengan mengutamakan pelancong tempatan.

Tambah beliau, Gelembong Pelancongan Antarabangsa Langkawi bukan sahaja membuka semula sektor pelancongan antarabangsa malah memberi ruang kepada masyarakat yang terkesan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak Mac 2020.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini