Seramai 207 pelajar tempatan dan antarabangsa dari Universiti Putra Malaysia (UPM) terlibat dalam kerja-kerja baik pulih Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (IAquas) di Port Dickson.

Timbalan Pengarah Pusat Kokorikulum dan Pembangunan Pelajar UPM, Profesor Madya Dr. Siti Suriawati Isa berkata, ia merupakan program bakti siswa pelajar, selaras dengan moto UPM iaitu berilmu dan berbakti.

Program itu membantu IAquas dengan membaik pulih fasiliti dan lanskap khazanah Akuakultur Negara untuk digunakan semula bagi aktiviti penyelidikan akuakultur dan sains akuatik selepas terbengkalai akibat wabak Covid – 19.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Program Sayangi UPMku di Port Dickson. Program itu juga bertujuan membuat hebahan kepada masyarakat mengenai kewujudan fasiliti lain yang dimiliki oleh UPM dan berharap mendapat kunjungan daripada masyarakat setempat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini