209 individu menerima pingat kebesaran sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ke-74.

Istiadat pengurniaan pingat tersebut disempurnakan Yang Amat Mulia Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

Berlangsung di Dewan Jubli Perak Shah Alam, seramai 32 individu dikurniakan pingat pekerti Pemilih (P.P.T), 41 pingat Perkhidmatan Cemerlang Selangor (P.P.C), 97 pingat Jasa Kebaktian( P.J.K) dan 39 Pingat Perkhidmatan Selangor.

Pengurniaan pingat kebesaran yang ditunda susulan penularan COVID-19 sebelum ini bertujuan bagi menghargai jasa dan sumbangan bakti yang dicurahkan kepada masyarakat dan negeri khusus di Selangor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini