Sebanyak 21 kes berkaitan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan serta Akta Timbang Sukat dikesan sejak semalam.

Kesemuanya berjaya dikesan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menerusi Ops Menu. Ops Menu yang dilaksana sejak 6 November lalu hingga 31 Disember ini adalah bagi memastikan pematuhan berkaitan penandaan harga dan penggunaan alat timbang yang sah.

Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid, tindakan tegas akan dikenakan ke atas peniaga yang gagal mematuhi peruntukan undang-undang di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan, Penandaan Harga Bagi Barangan dan Caj Bagi Perkhidmatan 2020.
 
Beliau berkata demikian ketika bertemu dan meninjau para peserta tanaman melon manis di Taman Kekal Pengeluaran Makanan TKPM Peradong, Manir, Kuala Terengganu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini