Sekurang-kurangnya 21 maut selepas terperangkap dalam kenderaan akibat salji tebal di Murree, Pakistan.

Menteri Dalam Negeri, Sheikh Rashid, berkata tentera digerakkan untuk membersihkan jalan dan menyelamatkan mangsa yang masih terperangkap.

Menurut jurucakap polis, lebih 100,000 kenderaan memasuki bandar Murree sejak beberapa hari lalu untuk melihat salji lebat luar biasa.

Sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas di jalan keluar masuk. Sehubungan itu, Pejabat Ketua Menteri Wilayah Punjab menggesa orang ramai mengelak daripada mengunjungi kawasan itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini