Sekurang-kurangnya 21 pelancong mati kesejukan dalam kenderaan di bandar peranginan tanah tinggi di utara Pakistan.

Insiden berlaku selepas lebih 100,000 kenderaan dilaporkan berpusu-pusu memasuki lokasi berkenaan untuk menikmati cuaca sejuk dan salji yang turun sejak Selasa lepas.

Menteri Dalam Negeri, Sheikh Rashid Ahmed memaklumkan, kehadiran pelancong dalam jumlah yang begitu ramai ke Murree telah mencetuskan krisis besar.

Pasukan tentera dan separa tentera dikerah bagi membantu operasi menyelamat.

Kerajaan mengisytiharkan Murree sebagai kawasan dilanda musibah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini