21 stesen siren amaran awal banjir telah dipasang di seluruh Terengganu.

Ia bagi memastikan penduduk sentiasa lebih bersiap siaga menghadapi banjir tahun ini.

Timbalan Pengarah Pembangunan Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu, Osman Abdullah berkata enam stesen siren amaran awal banjir itu dipasang di Setiu.

Lima di Hulu Terengganu,empat di Kemaman, tiga di Besut dan masing-masing satu di Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang.

Stesen tersebut diletakkan di kawasan sungai yang berdekatan dengan perumahan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini