Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis 2021 kepada 220 penerima pingat.

Penganugerahan itu diberikan kepada pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berkelayakan di atas jasa dan pengorbanan yang dicurahkan di dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia.

Istiadat berlangsung di Balairong Seri Istana Negara.

Mendahului senarai 12 penerima darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) ialah Timbalan Ketua Polis Negara,  Datuk Seri Mazlan Lazim.

Penerima lain termasuk  Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Datuk Ramli Din, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Razarudin Husain, Pengarah Pengurusan Datuk Zaini Jass dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Abd Jalil Hassan.

Pada istiadat itu, Seri Paduka turut berkenan mengurniakan Darjah Panglima Setia Pasukan Polis kepada 48 penerima, Darjah Pahlawan Pasukan Polis 56 penerima, dan Darjah Kesatria Pasukan Polis kepada 17 penerima.

84 penerima dinugerah Darjah Bentara Pasukan Polis dan tiga orang dianugerah Darjah Pingat Keberanian Polis.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini