Yayasan Bank Rakyat menyumbang  RM44,200 kepada 221 keluarga kakitangan KEMAS yang terjejas akibat banjir di sekitar kawasan Klang dan Shah Alam.

Pengerusi Yayasan Bank Rakyat Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin berkata, sehingga kini sebanyak RM100,000 telah diperuntukkan bagi membantu 500 keluarga terbabit di sekitar Selangor.

Untuk memudahkan proses pengagihan bantuan, pihak bank bekerjasama dengan Kelab Kebajikan Sukan Kemas daerah Klang.

Sumbangan yang sama juga turut disumbangkan kepada mereka yang terkesan akibat banjir di Hulu Langat dan Serdang pada 13 dan 15 Januari lalu.

Tahun ini, Yayasan Bank Rakyat memperuntukan RM500,000 untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan sekaligus meningkatkan kesejahteraan sosio-ekonomi penerima.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini